|
Di sini,
dihimpunkan soalan-soalan yang kerapkali ditanya
oleh para pengguna mengenai ProMind2u.Com.
1. Soalan:
Adakah perniagaan ini merupakan perniagaan MLM,
Direct Selling, Skim Pelaburan atau Skim Cepat
Kaya?
Jawapan:
Bukan. Program ini adalah perniagaan secara
e-Commerce. Bukan pelaburan yang menjanjikan
pendapatan tetap. ProMind menawarkan pakej
reseller kepada pembeli kami. Tiada pendapatan
tetap, segalanya bergantung kepada usaha dan
strategi masing-masing.
2. Soalan:
Mengapakan ProMind tidak menjual secara terus
produk tersebut kepada pelanggan, sebaliknya
melantik reseller?
Jawapan:
Kaedah penjualan secara berkongsi keuntungan
adalah kaedah yang amat praktikal di zaman
sekarang. Memberi peluang kepada pengguna untuk
menjana pendapatan ke-2 disamping mendapat
produk yang berkualiti.
3. Soalan:
Kenapa diberi komisyen?
Jawapan:
Jika kami ingin iklankan produk kami di TV atau
Surat Khabar / Majalah, kos pengiklanan adalah
mencecah puluhan ribu ringgit. Jadi dengan
mengadakan program reseller, ANDA sebagai
'reseller' membantu kami untuk mempromosikan
produk kami, kami agihkan kos promosi kepada
ANDA atas setiap jualan melalui laman web
promosi ANDA.
4. Soalan:
Saya berminat hendak menyertai program ini,
apakah yang perlu saya lakukan?
Jawapan:
ANDA hanya perlu lakukan empat perkara iaitu :
a. Daftar (PERCUMA) dan pilih nama reseller yang
sesuai.
b. Buat pembayaran.
c. SMS info pembayaran.
d. Promosi website ANDA.
5. Soalan:
Bagaimana saya hendak mengaktifkan status saya
sebagai reseller?
Jawapan:
Lakukan pembayaran dan SMS kepada admin 012-256
9759 info berikut:
<PAY>< USERNAME-ANDA ><RM50><TARIKH & MASA>
<UPLINE ANDA>
Admin atau penaja ANDA akan aktifkan ANDA
setelah pengesahan bayaran diterima.
6. Soalan:
Bolehkah saya mengaktifkan status reseller lain?
Jawapan:
Boleh, asalkan baki e-wallet ANDA mencukupi.
ANDA perlu mempunyai baki e-Wallet
sekurang-kurangnya RM50 untuk pengaktifan
reseller lain.
7. Soalan:
Bagaimana saya hendak memindahkan wang dari
eWallet ke akaun bank saya?
Jawapan:
Pertama sekali, ANDA perlu mempunyai akaun bank
di mana-mana bank utama di Malaysia seperti
Maybank, CIMB dan sebagainya.ANDA hendaklah
mengisi semua maklumat pada borang withdraw.
Semua permintaan pengeluaran wang dari e-wallet
ke akaun bank akan diproses setiap hari ISNIN
dan mengambil masa 3 - 4 hari untuk masuk ke
dalam akaun ANDA.
8. Soalan:
Jika baki eWallet saya tidak mencukupi, bolehkah
saya menambahnya?
Jawapan:
Boleh. Bank-in atau transfer wang ke akaun
MAYBANK 562263402506 QADINAS ENTERPRISE dan
SMS kepada admin 012-256 9759 info berikut:
<TOPUP><RM??><USERNAME-ANDA><TARIKH & MASA>
9. Soalan:
Bagaimana saya memperolehi produk ProMind?
Jawapan:
Produk akan dipos ke alamat ANDA tanpa kos
tambahan, sila pastikan ANDA melengkapkan alamat
pos termasuk poskod sekali.
10. Soalan:
Boleh tak saya membuka lebih dari 1 akaun
reseller?
Jawapan:
Kami tidak menghalang anda untuk membuka lebih
dari 1 akaun. ANDA hanya perlu mempunyai
username yang berbeza bagi setiap akaun dan ANDA
boleh memilih salah satu dari produk ProMind.
Buat pembayaran seperti biasa. Pastikan PENAJA
adalah username ANDA yang awal. Maksudnya, ANDA
menaja diri ANDA sendiri. Oleh itu, ANDA akan
mendapat komisyen penajaan.
11. Soalan:
Jika saya telah membuat belian sebanyak RM50,
perlukah saya membeli produk ulangan setiap
bulan?
Jawapan:
KAMI TIDAK mensyaratkan pembelian ulangan
"maintain" setiap bulan untuk ANDA mendapat
komisyen. Jika ANDA ingin membeli lagi produk
kami disebabkan keberkesanan produk kami, ANDA
hanya perlu membuka akaun (unit) baru, seperti
yang ANDA lakukan kali pertama itu. Unit
tersebut akan tersusun di dalam kumpulan ANDA
secara auto. Jika setiap orang dalam kumpulan
ANDA melakukan perkara yang sama, maka kumpulan
ANDA pastinya akan cepat berkembang.
12. Soalan:
Adakah ProMind memberi jaminan bahawa saya akan
mendapat pendapatan seperti ilustrasi yang
dinyatakan?
Jawapan:
TIDAK. Ini bergantung kepada usaha ANDA
mempromosikan program ini kepada seberapa ramai
kenalan ANDA atau sesiapa saja. Namun ANDA juga
berpeluang untuk mendapat pendapatan tersebut
dengan adanya sistem auto-spillover ProMind.
13. Soalan:
Saya tiada Internet di rumah. Bagaimana saya
hendak berjaya dengan program ini?
Jawapan:
ANDA boleh lakukan secara offline ataupun
manual, iaitu secara menyebarkan risalah ataupun
flyers. Selain itu, ANDA juga boleh menggunakan
kaedah pos untuk menyebarkan maklumat URL laman
web ANDA kepada umum. Internet ini hanyalah
salah satu daripada medium hebahan, selain
daripada akhbar, flyers dan iklan poster.
14. Soalan:
Bagaimana untuk mendapatkan jumlah pendaftaran
yang banyak?
Jawapan:
Mudah sahaja. Iklankan URL link ANDA ke serata
tempat dengan pelbagai kaedah. Sebagai contoh,
pernah tak ANDA mendapat flyers kecil di kereta,
ataupun, e-mel yang mengajak ANDA menyertai
sesuatu? Itu merupakan salah satu contoh yang
boleh ANDA lakukan. Ini kerana, daripada kajian
yang kami jalankan, daripada 100 e-mel yang
dihantar, sekurang-kurangnya
10 orang akan menyertai program ini iaitu, 10%
penyertaan daripada 100%. Jadi, hantarkan kepada
1000 e-mel, dan 100 penyertaan mungkin milik
ANDA! Selain itu, ANDA juga boleh menggunakan
iklan di akhbar, seperti yang selalu ANDA jumpa
di akhbar tabloid seperti Mingguan Perdana,
Bacaria ataupun Mingguan Misteri.
15. Soalan:
Bagaimana sekiranya saya ingin berjumpa SECARA
TERUS untuk urusan pembelian?
Jawapan:
ProMind adalah satu perniagaan melalui Internet,
maka apa jua pertanyaan atau kemusykilan adalah
lebih sesuai dikemukakan melalui email atau sms
terus kepada admin, kami akan bantu.
16. Soalan:
Sekiranya saya mempunyai pertanyaan yang lain,
di mana saya boleh hubungi?
Jawapan:
ANDA bolehlah mengisi butir-butir diri ANDA
melalui borang pertanyaan yang telah disediakan
di laman web ini. Insya Allah admin akan
menjawab dalam masa 24 jam. Sila gunakan borang
pertanyaan.
SOALAN-SOALAN
BERKAITAN DENGAN PELAN PEMASARAN
SOALAN-SOALAN BERKAITAN
DENGAN PRODUK
|